Lawatan Ahli Biro Wanita MPK Senukoh ke Membakut Sabah ke Projek Pembuatan Mee Kering pada 14 Mac 2010.
lawatan Biro Wanita MPK Senukoh ke Pembuatan Mee Kering, Sabah
Posted in Uncategorized
Expo Produk Mukim dan Kampung Daerah Temburong
Majlis Perundingan Kampung Senukoh akan menyertai Expo Produk Mukim dan Kampung yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Mac 2010 bertempat di Giant Hypermarket Kampung Rimba. Produk-produk hasil daripada penduduk kampung Senukoh bolehlah didapati di Expo tersebut nanti seperti Mee Kuning, Wajid Temburong dan Wajid Ubi Kayu.
Posted in Uncategorized
Irau Pengeh Ngeranih
Irau Pengeh Ngeranih atau Pesta Selepas Menuai telah diadakan di Kampung Senukoh pada 10 Januari 2010. Ianya adalah salah satu adat masyarakat Murut yang masih lagi dipratikkan sehingga masa kini. Tetamu kehormat pada pesta tersebut ialah Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Temburong, yang mana beliau juga telah berkesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya menyaksikan persembahan daripada masyarakat Murut Daerah Temburong.
Posted in Uncategorized
Majlis Menepung Tawar Mesin Baru Mee Kuning
Majlis Menepung Tawar Mesin Baru Mee Kuning Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung Senukoh telah diadakan pada 9 Disember 2009 bertempat di Balairaya Orang Kaya Sura Haji Tuba Kampung Senukoh. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Temburong yang mana beliau sendiri telah menepung tawar mesin baru bagi pembuatan mee kuning, iaitu salah satu produk yang dihasilkan oleh kampung tersebut. Pembelian mesin mee kuning itu adalah hasil bantuan peruntukan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi membantu Biro Wanita MPK Senukoh untuk meningkatkan lagi pembuatan mee kuning dan sekaligus dapat meningkatkan perekonomian kampung berkenaan.
Posted in Uncategorized
SEMBAHYANG TERAWIH SEMPENA BULAN RAMADHAN
Temburong, 15 September 2009 – Sempena bulan Ramadhan ini, MPK Senukoh juga tidak ketinggalan mengerjakan aktiviti keagamaan seperti sembahyang Terawih. Selain penduduk Kampung Senukoh, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dari Mukim dan Kampung lain juga turut serta dalam mengerjakan sembahyang Terawih tersebut. Dengan adanya aktiviti keagamaan seperti ini, bukan saja ia menambahkan pahala, malah juga dapat mengeratkan ikatan silaturahim sesama penduduk kampung.
Posted in Uncategorized
Lawatan Penuntut-Penuntut Dan Guru-Guru Dari S.M Rimba
Temburong, 21hb. jun 2009- Seramai 49 orang penuntut-penuntut dan guru-guru dari Sekolah Menengah Rimba telah membuat lawatan ke Galleri Warisan, Kesenian & Kebudayaan dan juga ke bebrapa buah Kampong di Daerah Temburong. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mempelajari dan mengenali cara-cara kehidupan orang-orang Kampong. Kampong Senukoh adalah diantara Kampong yang turut dilawati dan ketibaan rombongan di Balai Raya Orang Kaya Sura Haji Tuba bin Taliff, Kampong Senukoh telah disambut oleh Ketua Kampong Awg. Akbar @ Aliakbar bin Haji Abd Hamid berserta ahli-ahli jawatan kuasa MPK Senukoh.
Posted in Uncategorized
Mesyuarat Penundaan Tarikh Mengadakan Pesta Mukun Dan “Irau Pengeh Ngeraneh”(Pesta Selepas Menuai).
Tenburong, 13hb. Jun 2009 – Mesyuarat membincangkan penundaan tarikh bagi mengadakan Pesta Mukun dan ‘Irau Pengeh Ngeraneh’ (Pesta selepas Menuai) telah di adakan di Balai Raya Orang Kaya Sura Haji Tuba bin Taliff Kampong Senukoh. Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Yang Mulia Awg Chin Haji. Turut hadir sama ialah Pmk. Pegawai Daerah Yang Mulia Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Selaku jemputan dan seterusnya bagi mendengarkan perbincangan serta memberikan khidmat nasihat bagi melaksanakan Pesta Mukun dan ‘Irau Pengeh Ngeraneh’(Pesta Selepas Menuai) yang akan di adakan oleh MPK Senukoh.
Posted in Uncategorized
Kejohanan Futsal Piala Mantan Penasihat
Temburong, Isnin 29 Jamadilawal 1430 bersamaan 24 Mei 2009, – Kejohanan Futsal Piala Mantan Penasihat telah diadakan di kawasan gelanggang sukan Kampung Senukoh bermula pada jam 2.00 petang yang mana tetamu kehormat di kejohanan tersebut ialah Yang Mulia Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir pada hari tersebut ialah Yang Mulia Awang Ali Akbar bin Haji Abd Hamid, Ketua Kampung Senukoh, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Senukoh serta penduduk-penduduk Kampung Senukoh.
Sebanyak 8 pasukan telah turut serta dalam kejohanan tersebut termasuk persatuan-persatuan, kelab-kelab belia, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di Daerah Temburong. Pasukan dari IBM Bokok telah menjuarai Kejohanan Futsal Piala Mantan Penasihat pada hari tersebut. Kejohanan ini adalah salah satu aktiviti tahunan Majlis Perundingan Kampung Senukoh.
Posted in Uncategorized
BENGKEL ANYAMAN MANIK BOLEH DIJADIKAN SUMBER PENDAPATAN SAMPINGAN
TEMBURONG, Jumaat, 6 Februari.- Penghasilan kraftangan daripada manik merupakan satu kemahiran yang memerlukan kepakaran tinggi dan ianya tidak dapat dikuasai oleh semua individu. Penasihat Majlis Perundingan Kampung Senukoh, Mukim Labu Awang Haji Jakir menerima penjelasan dari Timbalan Pengerusi Bengkel Kraftangan Manik Dayang Saimon binti Haji Lahid di majlis penutup bengkel. Berucap selaku tetamu kehormat di Majlis Penutupan Bengkel Kraftangan Manik, Penasihat Majlis Perundingan Kampung Senukoh, Mukim Labu Awang Haji Jakir menyeru semua peserta bengkel agar dapat menghasilkan kraftangan daripada manik secara berterusan kerana ianya dapat dijadikan sumber pendapatan sampingan. Bengkel yang dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampung Senukoh dihadiri oleh 19 orang peserta dan berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan serta hadiah bagi beberapa kategori yang dipertandingkan oleh tetamu kehormat. Menurut Timbalan Pengerusi bengkel, Dayang Saimon binti Haji Lahid, bengkel yang diadakan dua kali seminggu sejak Disember 2008 itu dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar pada setiap hari Jumaat dan Ahad bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang. Read More…
Posted in Uncategorized



















Recent Comments